Assalamualaikum,
kali ini saya akan mengajar anda cara-cara untuk membuat menu drop down. Menu drop down ialah menu yang membolehkan pengguna memilih jawapan yang telah ditetapkan dan menjadikan worksheet kita lebih mesra pengguna dan interaktif. Contoh menu dropdown adalah seperti dibawah.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat menu dropdown didalam microsoft excel 2003. Kali ini saya akan menunjukkan anda cara termudah melakukannya.
Didalam jadual yanh ditunjukkan dibawah(dari contoh sebelum ini), buat satu header column baru untuk jantina kenalan kita. Dan klik cell C2
Setelah selesai, pergi ke
-->Data>validation
-->Setting>Validation criteria>allow>list
-->Source>(isi pilihan jawapan yang dikehendaki. Asingkan setiap jawapan dengan koma(,)) seperti contoh dibawah
-->Ok
Klik bucu bawah cell bahagian kanan sehingga keluar tanda "+" dan drag hingga ke hujung jadual untuk menyalin format.
Dalam topik yang sama akan datang, saya akan mengajar anda cara untuk membuat list yang lebih kompleks tetapi amat berguna dalam tugas seharian.
Sehingga itu, Assalamualaikum.
Selamat mencuba