Assalamualaikum,pada sesi kali ini, saya akan menyambung topik Sorting yang telah saya nukilkan sebelum ini. Kita dapat mengarahkan excel untuk menyusun satu senarai berdasarkan kehendak kita. Cara-caranya akan diterangkan seperti berikut:
Dalam jadual diatas, terdapat sekumpulan kenalan yang tinggal dibandar berbeza. Secara umumnya, excel tidak dapat menyusun senarai ini berdasarkan lokasi tempat tinggal mereka. Tetapi, ia dapat dilakukan dengan menghasilkan senarai susunan yang baru. Ini dapat dilakukan dengan pergi ke:
-->Tools>Option
-->Custom list>Pada list entries, letakkan susunan baru yang dikehendaki(contohnya:Bangi,Kl,Klang,Meru,Muar)>Add>Ok
Setelah selesai,sila highlight keseluruhan jadual,
pergi ke
-->Data>Sort
-->Option>first key sort order>pilih susunan yang telah dibuat tadi>Ok
-->Sort By>Bandar kediaman>Ascending(Susunan menaik dari A ke Z)>Ok
Melalui cara ini, anda hanya perlu membuat susunan data yang baru sekali sahaja. apabila andamahu menggunakan kembali dimasa kelak, Susunan ini telah disimpan didalam sistem.
Selamat mencuba