Kali ini saya akan menulis tentang fungsi sorting(Menyusun). Seperti fungsi filter, Sorting juga amat berguna semasa menggunakan jadual dan melukis graf. Untuk memudahkan lagi pemahaman anda terhadap topik ini, sila lihat contoh yang saya sertakan di bawah.
Sebagai contoh, selepas anda melakukan sebuah kajian tentang kekerapan pengguna jalan raya dan jenis-jenis kenderaan yang melalui jalan tersebut. Setelah mengenal pasti jenis-jenis kenderaan dan bilangannya, anda ingin menyusun jadual tersebut dari jenis pengguna yang paling ramai ke bawah.
1. Highlightkan keseluruhan jadual
2. Pergi ke
-->Data>Sort
-->Sort by>column c(klik pada no header row)>descending(dari nilai besar ke kecil)>ok
Jadual telah disusun semula berdasarkan column c
Tutorial versi video disediakan dibawah:
Selamat mencuba.